1st kemenangan dlm NSP

PUSINGAN KE-4
Tarikh : 16 & 17 ogos 2008
Tempat : Litar Dato' Sagor, Pasir Salak, Perak
Masa : 8:00pagi - 6:00petang
Hari 1 - 16 Ogos 2008
Lebih kurang 50 pelumba dari pelbagai pasukan telah hadir seawal jam 8:00 pagi untuk mendaftarkan diri. Sesi scrutineering atau pemeriksaan jentera & pelumba telah bermula seawal jam 10:30 pagi dan sesi pemeriksaan trek oleh Steward MAM bersama COC dijalankan pada jam 11:00pagi.
Pada jam 11:15pagi pula sesi taklimat oleh semua pelumba telah dijalankan oleh COC bertugas. Menerusi sesi taklimat ini pelumba-pelumba diterangkan secara ringkas segala aspek keselamatan, peraturan dan teknikal perlumbaan bagi memastikan kelancaran program. Pelumba juga diterangkan mengenai sistem perlumbaan yang bermula dengan Saringan 1, diikuti oleh Saringan 2 dan berakhir dengan Final (Akhir).

Pada jam 11:30 pagi trek telah sedia dibuka untuk sesi free running secara bebas untuk semua pelumba bagi menguji trek tersebut dan melakukan pelarasan terakhir ke atas jentera lumba masing-masing. Sesi free running ini berakhir pada jam 12:00 tengahari.

Perlumbaan Peringkat Saringan 1 untuk Scooped Open yang bermula pada jam 2:00 petang dan berakhir pada jam 2:15 petang telah menyaksikan seramai 13 orang pelumba telah bertarung untuk mendapatkan grid terbaik masing-masing untuk ke Saringan 2 pada keesokkannya.

Hari 2 - 17 Ogos 2008
Saringan 2 bagi kelas Scooped bermula pada jam 11:30 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengahari. Perlumbaan ini menyaksikan pelumba sensasi dari Mulisha Scoot Sport iaitu Muhammad Anwar @ Wak yang mengendalikan jentera Yamaha Nuovo bernombor 87 telah mengalami kemalangan dan hanya menamatkan 2 pusingan sahaja. Seperti yang diduga, pelumba harapan dari Full Throttle iaitu Mohd Aznor Aziz yang memacu jentera Yamaha Nuovo bernombor 05 telah berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan sekali seterusnya menempahkan diri nya di grid pertama Pusingan Akhir.

Perlumbaan Peringkat Akhir (Final) bagi kelas Scooped Open berjalan dengan lancar bermula jam 1:00 petang hingga 1:15 petang. Aznor dari Full Throttle sekali lagi telah membuktikan keunggulan beliau untuk merangkul podium Johan bagi kelas ini diikuti oleh Fizriee dari Mulisha Scoot Sport di podium ke-2 dan Mohamad Afifi di podium ke-3 juga dari pasukan Full Throttle.


Perlumbaan NSP Pusingan ke-4 ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang turut menjemput beberapa tetamu khas untuk penyampaian hadiah kepada para pemenang antaranya Mr. Andy dari RKM, En. Mahadi dari MAM (Steward) dan Pn. Zaharah dari KBS.






Majlis bersurai pada tepat jam 5:00 petang diikuti oleh sesi penggambaran oleh semua peserta dan pasukan yang hadir.
Berjumpa kita di Pusingan ke-5 bertempat di Sepang pada 17 & 18 Oktober 2008 ini.

Kelas Scooped/V100
1. Mohd Aznor Bin Aziz - Full Throttle
2. Mohd Fizriee Bin A. Mutallib - Mulisha Scoot Sports
3.Mohamad Afif Bin Mohamad Sabri - Full Throttle

Victory


Full Throttle Fan


Full Throttle T-Shirt


Full Throttle bersama sponsor

0 shits: